BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 19, 2010

Permainan Tradisional

Pada 6 Julai 2010, kelas kami telah menjalankan permainan tradisonal bertempat di gim. Dalam aktiviti ini setiap kumpulan dikehendaki mengendalikan satu permainan dan kumpulan saya telah memilih permainan batu seremban. Walaupun permainan batu seremban masih dimainkan hingga kini, namun banyak perkara baru yang telah saya pelajari sama ada sejarah permainan tersebut mahupun cara batu seremban dimainkan. Pada hari tersebut juga, banyak permainan baru yang saya pelajari seperti konda kondi. Saya berasa ini merupakan satu pengalaman yang bermakna kerana melalui aktiviti ini kita dapat mempelajari pelbagai ilmu baru dan pada masa yang sama kita juga memegang tanggungjawab sebagai pengekal tradisi. Hal ini kerana, permainan tradisional semakin hari semakin dilupakan. Diharapkan dengan aktiviti ini, permainan turun-temurun yang menjadi lambang budaya kita tidak hilang ditelan arus permodenan.

0 comments: