BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 15, 2010

MODEL PENGAJARAN


MODEL MEMPROSES MAKLUMAT

PRINSIP-PRINSIP

· Kumpulan model pemprosesan maklumat berfokuskan kepada naluri semulajadi kita untuk memahami dunia.

Model ini berguna untuk mengkaji kendiri dan masyarakat

i.Rangsangan

ii.Proses

iii.Stor Jangka Pendek

-Direka bentuk untuk meningkatkan kecekapan murid-murid kita mempelajari dan seterusnya mengembangkan konsep. Menunjukkan cara penyampaian konsep yang berkesan. Antaranya:

1. Inkuiri. Murid akan meneroka sendiri dan seterusnya membuat kesimpulan. Kaedah ini banyak digunakan dalam matapelajaran sains.

2. Eksposisi. Semata-mata menyampaikan isi pelajaran kepada murid tanpa menggalakkan penyoalan. Contohnya, kuliah yang disampaikan di dalam kelas.



MODEL SISTEM BEHAVIORAL

PRINSIP-PRINSIP

Pengajaran langsung.

  • pengajaran langsung adalah satu strategi yang berarahkan guru dimana guru akan menyampaikan isi pengajaran secara langsung kepada murid-murid serta menstruktur masa pengajaran agar dapat mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan serta mengembangkan kemahiran yang hendak diajar secara langkah demi langkah. Oleh yang demikian, ia agak sesuai untuk mengajar bacaan dan matematik.

Pengajaran langkah demi langkah. (Pengajaran Masteri)

Contoh:

  • al-Quran
  • Bahasa
  • Matematik

MODEL SOSIAL

· PRINSIP-PRINSIP

1.Simulasi.

-Simulasi menggabungkan maklumat mengenai satu-satu kemahiran melalui demonstrasi, praktis dan latihan khusus sehingga kemahiran tersebut berjaya dikuasai oleh murid-murid.

-Ini penting bagi membantu murid melihat objek yang sebenar.

2.Lakonan

-Murid-murid melakonkan watak-watak yang menjadi model positif kepada mereka.

3.Main peranan

-Membantu murid-murid untuk memahami tingkah laku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial, dan cara bagi menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan.

-Cara main peranan dilaksanakan, adalah dengan cara murid melakonkan watak-watak berdasarkan satu situasi yang telah dikenalpasti.

4.Permainan

-Murid diminta bermain permainan secara berkumpulan seperti kuiz


MODEL PERSONAL

PRINSIP-PRINSIP

Synetics- Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasi kreativiti.

-Direka bentuk untuk mengajar kemahiran menyelesaikan masalah, aktiviti penulisan dan bidang-bidang yang lain.

-Melalui sumbang saran yang digunakan, murid-murid akan menjadi lebih kreatif dan bebas.

-Menggalakkan penglibatan yang aktif.

Eksperimen/ Ujikaji

-Murid diberi peluang menjalankan eksperimen sendiri bagi mendapatkan sesuatu maklumat


0 comments: